Tuesday 19 September 2017

KEMAHIRAN BERFIKIR


KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS💭

•Definisi : kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

•Pemikiran kritis juga merupakan:
-proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul maklumat untuk menilai dan bertindak
-pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru
-pentafsiran pengetahuan berasaskan pemerhatian dan penilaian
-proses memahami fenomena dan konsep berasaskan bukti dan penaakulan
-suatu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal pemikirannya(metakognitif)

•Kelebihan penggunaan pemikiran kritis:
–untuk mengumpul seberapa banyak maklumat
–menilai betul atau salah sesuatu idea
–meningkatkan pemahaman dan keupayaan menggunakan maklumat dengan lebih berkesan
–membuat keputusan atau pilihan yang lebih tepat
–membuat pertimbangan yang lebih rasional

•Ciri-ciri utama pemikiran kritis
a)Reaktif: gerakbalas thdp idea yang sedia ada (komen, kritikan dan ulasan).
b)Penilaian: menentukan sesuatu idea patut dipercayai (nilai baik atau buruk).
c)Analisis: terperinci, objektif dan difahami (meneliti dengan mendalam idea).
d)Logik: menaakul secara logik dan bersepadu dengan d)Logik: menaakul secara logik dan bersepadu dengan andaian.


Kritis peringkat rendah 📉
Membanding membeza 
•Definisi: Meneliti pelbagai persamaan dan perbezaan antara 2 objek, peristiwa, idea, berdasarkan aspek-aspek tertentu.
•Tujuan:
a)  mempelajari 2 atau lebih perkara serentak
b)  memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas
c)  membantu membuat keputusan dengan ebih bijak
d)  mengklasifikasikan data
e)  membuat generalisasi dan membina konsep

Membuat kategori
•Definisi : mengelompokkan maklumat ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri sepunya. •Tujuan:
a) mengesan ciri sepunya
b) menyusun mengikut ciri
c) memudahkan mencari maklumat
d) menerangkan sesuatu mengikut kategori
e) membuat analisis atau merangka untuk penulisan

Menyusun mengikut urutan
•Definisi: keupayaan mengatur perkara mengikut susunan atau urutan tertentu
•Tujuan:
a) memilih susunan yang sesuai mengikut keutamaan dan tujuan keutamaan dan tujuan
b) memudahkan cara penyimpanan dan pemerolehan maklumat

Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
•Definisi: keupayaan melihat dan memahami perhubungan, perkaitan, kepentingan dan pertalian antara bahagian kecil dengan keseluruhan.
•Tujuan:
a) menentukan fungsi bahagian kecil
b) mengaitkan setiap fungsi bahagian kecil dengan keseluruhan

Menerangkan sebab
•Definisi: menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab kejadian berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah
•Tujuan:
a)mencari pelbagai punca mengapa sesuatu perkara berlaku
b)memberi sebab sebenar untuk mengesahkan kemungkinan

Kritis Peringkat Tinggi 📈
Membuat ramalan
•Definisi: membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat
•Tujuan:
a) membuat persediaan tertentu untuk mengalami peristiwa baru
b) membuat keputusan awal berdasarkan maklumat dan bukti
c) mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin

Mengusul periksa andaian
•Definisi: menyiasat dan memeriksa sama ada sesuatu andaian yang telah dibuat benar atau tidak berdasarkan bukti
•Tujuan:
a) memeriksa sesuatu andaian benar atau tidak
b) membuat keputusan berdasarkan hasil andaian yang telah diperiksa

Membuat inferens
•Definisi: membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti, ataupola tertentu
•Tujuan:
a) membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, alasan dan bukti yang kukuh
b) merumuskan berdasarkan pola maklumat yang tertentu

Mengesahkan sumber maklumat 
•Definisi: menentukan sama ada punca sumber maklumat boleh diterima atau dipercayai
•Tujuan:
a) menentukan ketepatan maklumat
b) meningkatkan kemahiran dalam mengumpulkan maklumat

Membuat generalisasi 
•Definisi: membuat kesimpulan umum berdasarkan maklumat yang menyeluruh dan konsisten
•Tujuan:
a) menggunakan sampel yang bersesuaian dengan objektif
b) memilih sampel yang dapat mewakili perkara yang ingin dikaji
Mencari sebab dan membuat ke                                                   
•Definisi: menganalisis dan menilai sebab bagi mencari kesimpulan yang lebih tepat
•Tujuan:
a) membuat keputusan berdasarkan analisis maklumat
b) mengemukakan hujah dan cadangan yang lebih bai
c) berfikiran lebih terbuka dan tidak bertindak terburu-buru

Published by: Ooi Jia Yi

No comments:

Post a Comment

Popular Post